Kini, Google sekali lagi mula memperkenalkan perubahan pada Android Market, dimana mereka memperkenalkan versi baru Android Market kepada para pengguna Android 2.2 dan terkini, membawakan perubahan dari segi antaramuka, rekabentuk dan juga prestasinya, serta menyertakan beberapa tab yang baru padanya.
Melalui versi baru Android Market ini juga, ianya didatangkan dengan tab Books, membolehkan para pengguna memuat-turun dan membaca buku-buku digital terus melalui peranti Android mereka. Selain itu ianya turut menambah kategori Movies, membolehkan para pengguna untuk memuat-turun filem-filem terkini terus melalui peranti Android mereka, dan menikmatinya dengan mudah. Namun begitu, Books dan Movies ini hanya disokong untuk para pengguna Amerika Syarikat sahaja buat masa ini.
Google dijangka akan memperkenalkan Android Market ini kepada semua pengguna Android 2.2 dan ke atas dalam beberapa minggu akan datang.