Angka Muat-Turun Pada BlackBerry AppWorld Melangkaui 1 Billion

Angka Muat-Turun Pada BlackBerry AppWorld Melangkaui 1 Billion

Diterbitkan pada July 13, 2011 oleh .

Dengan kemaskini untuk BlackBerry App World yang bakal menjelang tiba, iaitu App World 3.0, kini RIM telah pun mengeluarkan beberapa statistik semasa berkaitan App World mereka yang mana telah dilancarkan lebih kurang dua tahun yang lepas, dan kini boleh didapati dan diakses oleh pengguna di lebih daripada 100 buah negara seluruh dunia.

Menurut Research In Motion atau RIM, BlackBerry App World kini melihat muat-turun sebanyak lebih 3 juta aplikasi secara purata oleh para penggunanya di seluruh dunia. Selain daripada itu, baru-baru ini, mereka mengatakan yang mana mereka telah melangkaui angka muat-turun sebanyak 1 billion aplikasi melalui App World.

Sebelum ini, pada minggu lepas, Apple turut mengumumkan perkara yang lebih kurang serupa, dimana mereka mengatakan yang mana muat-turun aplikasi melalui AppStore telah pun melangkaui angka 15 billion, selain Android Market yang melihat angka muat-turun melangkaui 4.5 billion.

Walaupun angka muat-turun pada BlackBerry AppWorld mungkin sedikit, ianya masih lagi memperlihatkan perkembangan yang menarik, dan mungkin melalui perubahan yang bakal diperkenalkan pada BlackBerry AppWorld 3.0 kelak, ianya mungkin serba sebanyak menarik minat para penggunanya.


TIPS & ULASAN