Cari @ Amanz

Selain pengumuman Anugerah Internet DiGi WWWOW, pihak penganjur juga turut berkongsi salah satu perkara menarik bersama hadirin semalam, iaitu jumlah para penulis blog di Malaysia yang kini telah melangkaui angka 250,000 orang, memperlihatkan kekukuhan industri blog tanahair.

Sebelum ini, Nuffnang sendiri telah mengeluarkan statistik mereka mengatakan mempunyai lebih daripada 170,000 blog berdaftar dibawah mereka, selain Advertlets dengan 60,000 orang blogger berdaftar dibawah mereka. Beberapa komuniti blogger tempatan juga mempunyai ribuan orang berdaftar dibawah mereka, termasuk GengBlogger yang mempunyai angka keahlian melangkaui lebih daripada 20,000 orang.

Mungkin dengan ramai lagi yang kini beralih kepada media elektronik, dan kadar tembusan internet yang semakin meningkat naik dari hari ke hari, kita akan dapat melihat pertambahan penulis blog tempatan dalam bulan-bulan akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd