Cari @ Amanz

Photovine Dibuka Untuk Pra-Daftar – Video Rasmi Diperlihatkan

Oleh Aman

Link Copied!

Kini, sedikit demi sedikit info berkenaan dengan aplikasi Photovine daripada Google mula kedengaran. Selepas melancarkan laman web mereka tempoh hari, kini sebuah video ynag memperlihatkan aplikasi Photovine turut dimuat-naik, serta membuka pra-daftar, membolehkan para pengguna meminta jemputan daripada Photovine.

Secara ringkasnya, aplikasi Photovine ini membolehkan para pengguna berkongsi gambar dengan lain dengan menggunakan tag padanya, dan membolehkan para pengguna mengikuti perkembangan dan gambar-gambar lain yang dikongsikan yang lain menggunakan tag. Mungkin juga ianya akan berfungsi sebagaimana hashtag berfungsi pada Twitter, tetapi ianya lebih kepada gambar dan imej.

Para pengguna yang ingin mencubanya, boleh mendaftarkan minat pada halaman rasmi Photovine, dimana jemputan menggunakan aplikasi tersebut akan bermula daripada penghujung bulan hadapan. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


Komen ()