WDYL Diumumkan Secara Rasmi Oleh Google

WDYL Diumumkan Secara Rasmi Oleh Google

Diterbitkan pada July 13, 2011 oleh .

Ingatkah lagi berkenaan dengan laman What Do You Love daripada Google yang pernah kami perkenalkan sebelum ini? Kini, Google secara rasminya telah pun melancarkan perkhidmatan tersebut, membolehkan anda membuat carian pada pelbagai produk Google dengan mudah melalui hanya satu lokasi sahaja.

Bagi para pengguna yang berminat, dan ingin melihat bagaimana sesuatu produk dan perkhidmatan Google itu boleh membantu, anda boleh melayari laman What Do You Love dan melakukan carian menggunakan kata kunci, dan lihat hasilnya pada pelbagai produk dan perkhidmatan Google dengan mudah dan pantas.


TIPS & ULASAN