Carian
Perbandingan HTML5 Pada Mango Dengan Platform Mudah-Alih Lain Diperlihatkan
July 13, 2011 Aman

Microsoft sekali lagi kini memperlihatkan demo enjin pelayar web Internet Explorer 9 mudah-alih pada Windows Phone Mango, dimana kini mereka memperlihatkan perbandingan prestasi HTML5 pada peranti Mango berbanding peranti pesaing lain, termasuk yang menggunakan BlackBerry OS, Android, dan juga iOS 5 Beta 3.

Seperti yang diketahui semua, melalui demo yang diperlihatkan, Windows Phone Mango menunjukkan penggunaan dan sokongan sehingga 50 frame sesaat, menggunakan sokongan graphic acceleration padanya. Memandangkan Mango masih lagi pada peringkat pembangunan, mungkin ketika pelancarannya kelak, ianya akan menyokong lebih banyak frame animasi pada sesuatu masa. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Komen