Hari ini, Twitter telah pun melepaskan kemaskini kepada aplikasi Twitter untuk Android, dimana melalui kemaskini terkini mereka, ianya membawakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan Push Notifications membolehkan anda menerima kemaskini dari Twitter sebaik sahaja ianya dihantar kepada anda.
Fungsi Push Notifications yang diperkenalkan ini boleh diaktifkan dengan mengemaskini kepada aplikasi versi Twitter terkini, seterusnya mengaktifkannya dengan memilih tetapan “Automatic Refresh”, dimana melaluinya para pengguna boleh menerima Message dan juga Tweet dengan pantas dan mudah.
Selain daripada itu, melalui versi baru ini juga ianya membawakan sokongan untuk menggunakan lebih daripada satu akaun dengan mudah, dimana anda boleh bertukar ke akaun lain tanpa perlu log keluar terlebih dahulu, serta menguruskannya dan mengemaskini kedua-dua akaun dengan senang.
Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun Twitter untuk Android baru ini secara terus daripada Android Market, dan menikmati pelbagai perkara baru yang dibawakan bersamanya.