Nampaknya peranti pertama yang menggunakan Windows Phone Mango kelak akan dilancarkan sebelum berakhirnya bulan September kelak, membolehkan para pengguna yang ingin mendapatkan peranti Mango hanya menantikan beberapa bulan sahaja lagi, dan menikmati lebih daripada 500 fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.
#ImagineCup finalists ALL receive Windows Phone 7.5 Mango Release!! Each student will get the phone by September!
Perkara ini diketahui, apabila kini melalui akaun Twitter @ImagineCup mengumumkan yang mana para peserta finalis mereka akan menerima peranti Windows Phone Mango menjelang bulan September kelak. Walaubagaimanapun, ianya tidak diketahui bilakah pengguna biasa akan dapat membelinya.
Antara pembangun peranti yang dalam proses membangunkan peranti Windows Phone Mango adalah termasuk Samsung, Acer, HTC, serta beberapa pembangun yang lain. Mungkin kita akan dapat lebih banyak info berkaitan dengannya, apabila menghampiri bulan September kelak. Sama-sama kita nantikannya.