Cari @ Amanz

BlackBerry dilihat semakin merudum popularitinya akhir-akhir ini. Namun begitu, ianya mungkin akan berubah tidak lama lagi, dimana kini Research In Motion, atau RIM, iaitu syarikat disebalik BlackBerry ingin memperkenalkan beberapa peranti baru yang mana menggunakan BlackBerry OS 7. Ianya dijangka mereka mungkin akan mengeluarkan sehingga 7 peranti baru dalam beberapa bulan lagi.

Salah satunya merupakan BlackBerry Bold 9900 yang mana membawakan pelbagai perubahan, termasuk membawakan teknologi baru pada perantinya. RIM juga dijangka akan menarik kembali minat para pengguna dengan sistem operasi mereka yang terkini, iaitu BlackBerry OS 7 yang dijangka akan membawa pelbagai perubahan dan menepati permintaan para pengguna.

Sebelum ini, ianya turut diperkatakan yang mana RIM mungkin akan menyertakan platform QNX yang serupa digunakan pada tablet mereka, BlackBerry PlayBook, pada telefon pintar mereka. Namun, ianya mungkin akan memerlukan peranti dengan cip dwi-teras. Namun, ianya mungkin tidak menjadi sebarang masalah untuk mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd