Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, bagi yang mengikuti perkembangan sistem operasi generasi baru daripada Apple, iaitu OS X Lion, semestinya ketahui dan terbaca berkenaan ura-ura pelancarannya hari ini, iaitu 14 Julai. Ianya kini diperkatakan, berkemungkinan juga OS X Lion tidak akan dilancarkan pada minggu ini.

Mac OS X Lion

Sekiranya benar ianya tidak dilancarkan pada minggu ini, mungkin pelancaran beberapa perkakasan baru, termasuk MacBook Air baru turut tidak dilaksanakan, dan mungkin akan dilancarkan bersama-sama dengan OS X Lion kelak. Namun begitu, semuanya tidak dapat disahkan buat masa ini.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, Apple masih belum mengeluarkan sebarang komen rasmi, dan hanya mengatakan yang mana mereka akan melancarkan OS X Lion pada bulan Julai sahaja, tanpa sebarang tarikh pasti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd