Cari @ Amanz

Terato Tech Memperkenalkan eParlimen

Oleh Aman

Link Copied!

Dalam usaha untuk mengurangkan jurang perhubungan antara wakil rakyat dan juga para penduduk disesuatu kawasan, kini Terato Tech yang terkenal dengan pembangunan aplikasi mudah-alih mereka itu memperkenalkan produk terbaru mereka dikenali sebagai eParlimen. Buat masa ini, hanya web rasminya sahaja dilancarkan, dan aplikasinya dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Melalui laman eParlimen, para pengguna boleh memilih kawasan mereka, sekaligus mendapatkan data-data berkenaan dengan wakil rakyat tempat mereka, dan pada masa yang sama menghantarkan laporan dan mengikuti perkembangan, serta berbincang dan berhubung dengan penduduk disana termasuk wakil rakyat itu sendiri.

Buat masa ini, hanya eParlimen di Kuala Pilah sahaja aktif, dan mungkin sokongan untuk kawasan-kawasan lain akan diperkenalkan secara berperingkat. Aplikasi eParlimen untuk para pengguna iPhone, Android dan juga Symbian juga dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi.


Komen ()