Ingatkah lagi berkenaan MyKouponz yang pernah kami laporkan sebelum ini? Kini nampaknya aplikasi MyKouponz untuk para pengguna iOS dan juga Android telah dilancarkan, membolehkan anda memuat-turunnya dan mengikuti pelbagai tawaran harian yang menarik terus melalui telefon pintar anda dengan mudah dan pantas.
Buat masa ini, MyKouponz membawakan tawaran harian daripada lebih 10 laman tawaran dan diskaun harian popular, termasuk DealMates, EveryDay, Funtora, GroupEgo, ILoveDiscounts, JackCow, JoyDeals, Koupon, Qpon, dan juga WeBuy. Mungkin dalam masa akan datang, mereka akan menambah lagi beberapa laman tawaran harian yang lain pada senarai mereka.
Para pengguna yang berminat, boleh mendapatkan aplikasi ini terus daripada Android Market ataupun Apple AppStore secara percuma, dan mula menikmati pelbagai kemaskini tawaran harian terus melalui peranti pintar anda.