Cari @ Amanz

Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengguna menyertai Twitter, kini mereka mula memperlihatkan cara untuk mencari rakan-rakan anda di perkhidmatan lain, dan menjemput mereka untuk menyertai Twitter. Walaupun ianya telah lama terdapat di Twitter, namun kini mereka mula memperlihatkannya pada bahagian utama, berbeza dengan sebelumnya.

Melaluinya, Twitter membolehkan para pengguna menarik senarai rakan-rakan mereka daripada akaun Google, Yahoo! MSN, AOL dan juga LinkedIN.

Memandangkan yang ianya diperlihatkan dibahagian penjuru kanan laman web Twitter, mungkin ianya akan menerima impak yang tinggi, sekaligus pada masa yang sama menarik lebih ramai pengguna Twitter baru untuk menyertai rakan-rakan mereka yang sedia ada di Twitter.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd