Aplikasi Tempahan Meja Di Restoran – Table4Us Bakal Dilancarkan

Aplikasi Tempahan Meja Di Restoran – Table4Us Bakal Dilancarkan

Diterbitkan pada July 14, 2011 oleh .

Setelah sekian lama menjadi tanda tanya, kini ianya diketahui yang mana aplikasi TableFour.us kelak akan berfungsi sebagai salah satu perkhidmatan untuk tempahan restoran, dimana ianya akan membantu para pengguna untuk mengenal-pasti pelbagai restoran-restoran menarik disekitar mereka, dan memudahkan mereka melakukan tempahan untuk makan disana.

Melalui aplikasi TableFour.us, para pengguna boleh melakukannya untuk melakukan carian restoran-restoran berhampiran ataupun melakukan carian spesifik untuk sesuatu nama restoran, dan seterusnya membuat tempahan meja untuk bilangan orang yang akan hadir. Sebaik sahaja sesuatu tempahan itu berjaya, ianya akan diperlihatkan pada suatu tab khas dipanggil sebagai My Table.

Selain itu, sekiranya para pengguna ingin membatalkan sesuatu tempahan, mereka masih boleh melakukannya melalui aplikasi tersebut dengan mudah. Buat masa ini, ianya tidak diketahui berapakah bilangan restoran yang akan didatangkan apabila aplikasi tersebut dilancarkan tidak lama lagi. Pada masa yang sama, ianya juga tidak diketahui samada adakah tempahan makanan akan turut sama disokong ataupun tidak.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui bilakah aplikasi tersebut akan dilancarkan secara rasminya. Sebelum ini, aplikasi tersebut telah dihantar kepada pihak Apple, dan sedang menunggu untuk disahkan sebelum semua pengguna dapat menggunakannya. Berkemungkinan aplikasi Android dan lain-lain akan menyusul selepas pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN