Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, Opera 12 dengan nama kod Wahoo baru dimulakan pembangunannya, dan masih lagi pada peringkat pra-alpha buat masa ini. Namun begitu, menariknya, ianya telah pun memperlihatkan perkembangan menarik, dimana selain daripada prestasi yang lebih pantas lagi, ianya juga turut membawakan pengurangan penggunaan memori sehingga 7% berbanding sebelumnya.

Perkara ini dijayakan dengan menggunakan enjin Carakan yang dikemaskini. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat pembangunan buat masa ini, dan mungkin pada versi akhirnya kelak, kita akan dapat melihat perkembangan yang lebih menarik lagi, dengan penggunaan memori yang kurang berbanding pelayar web Opera sekarang.

Bagi para pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun versi pembangunan Opera 12 yang masih lagi pada peringkat pra-alpha, ataupun menggunakan Opera 11.50 versi stabil yang dilepaskan baru-baru ini untuk Windows, Mac dan juga Linux.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd