Cari @ Amanz

Sepanjang minggu ini, beberapa info berkenaan dengan Photovine telah kedengaran, termasuk sebuah video khas memperlihatkan aplikasi mereka. Dan bertambah menarik lagi adalah dimana kini aplikasi tersebut sudah pun boleh didapati melalui Apple AppStore, dan boleh dimuat-turun oleh semua. Namun begitu, untuk menggunakannya, ianya memerlukan jemputan khas yang mana Google dijangka akan mula menghantarkannya bermula bulan hadapan.

Melalui Photovine, ianya merupakan salah satu cara mudah dan menarik untuk berkongsi gambar menggunakan sesuatu tag, dan kemudiannya melalui suatu tag itu, para pengguna boleh melihat perkongsian oleh rakan-rakan yang lain dengan mudah. Walaupun informasi berkaitan dengannya masih lagi samar-samar buat masa ini, ianya boleh dikatakan sebagai aplikasi perkongsian gambar menggunakan tag, seumpama kita berkongsi status dan mesej menggunakan hashtag pada Twitter.

Melalui aplikasi tersebut juga, para pengguna boleh melakukan carian dan mencari gambar-gambar menarik. Mungkin juga ketika pelancarannya kelak, aplikasi Android turut sama akan dilancarkan.

Bagi yang tidak ketahui, aplikasi Photovine ini dibangunkan oleh Slide, yang mana turut membangunkan aplikasi Disco dan Pool Party. Google telah mengambil-alih Slide sebelum ini, dan kini ianya telah menjadi sebahagian daripada produk dan projek di Google. Para pengguna yang berminat boleh mendaftarkan diri pada Photovine.com, dan mungkin anda akan menjadi yang terawal mendapat jemputan untuk menguji dan menggunakan aplikasi tersebut.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd