Selamat Ulang-Tahun Ke-5 @Twitter

Selamat Ulang-Tahun Ke-5 @Twitter

Diterbitkan pada July 15, 2011 oleh .

Hari ini secara rasminya Twitter telah mencapai usia 5 tahun sejak ianya dilancarkan secara rasminya pada 15 Julai 2006 yang lalu. Kini, Twitter telah menjadi antara laman sosial terkemuka didunia, dengan lebih daripada 200 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.

Twitter sebelum ini telah mula dibangunkan pada bulan Mac 2006, dan digunakan sebagai salah satu medium komunikasi dalam syarikat Odeo. Kemudiannya, pada 15 Julai 2006, ianya telah diperkenalkan kepada umum. Kini setelah 5 tahun ianya diperkenalkan, ianya telah mencapai pelbagai tahap menarik, dan menjadi salah satu platform dimana berita diseluruh dunia diketahui ramai, lebih pantas daripada pelbagai medium yang lain.

Kini, Twitter mempunyai lebih daripada 1 juta aplikasi berdaftar dengan mereka, selain daripada aplikasi-aplikasi mudah-alih keluaran Twitter sendiri. Aplikasi popular, TweetDeck juga telah diambil-alih oleh Twitter pada tahun ini, menambah lagi portfolio produk dan aplikasi dibawah jenama Twitter.

Selain daripada itu, Twitter sendiri telah mengumumkan yang mana para pengguna Twitter menghantar lebih daripada 200 juta Tweet setiap hari, menjadikan jumlah Tweet dalam tempoh lima hari melangkaui angka satu billion. Pelbagai syarikat juga mula menumpukan perhatian kepada Twitter, dan menawarkan khidmat pelanggan melaluinya, selain daripada rakan-rakan Twitter yang sering mengadakan perjumpaan, dan turut menjayakan pelbagai projek komuniti.

Mungkin dalam tahun-tahun akan datang, kita akan dapat melihat perkembangan sihat Twitter, serta menjadi salah satu medium komunikasi utama harian. Twitter juga dijangka bakal memperkenalkan pelbagai fungsi baru kepada semua tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.



TIPS & ULASAN