Cari @ Amanz

Hari ini, secara rasminya akhirnya Larry Page, iaitu CEO Google telah pun membuat pengumuman berkaitan Google+ yang dinantikan. Menurut beliau, kini Google+ telah pun mempunyai lebih daripada 10 juta pengguna seluruh dunia dalam masa kurang dua minggu ianya dilancarkan, dan angka perkongsian pada Google+ juga menarik, dimana ianya melangkaui angka 1 billion setiap hari.

Google+ baru sahaja dilancarkan lebih kurang 2 minggu, dan ianya telah menjadi salah satu rangkaian sosial yang berkembang dengan amat pantas sekali. Buat masa ini, ianya masih diperingkat beta tertutup, dan memerlukan emel jemputan untuk menyertainya.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui bilakah Google akan melancarkannya secara rasmi. Berkemungkinan kita boleh nantikannya tidak lama lagi. Google+ juga dijangka memperkenalkan beberapa perubahan pada minggu ini. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd