Salah satu butang sosial yang popular selain Twitter dan Facebook Like adalah butang Google +1 yang diperkenalkan oleh Google tidak lama sebelum ini. Kini menurut Google, butang tersebut digunakan sebanyak lebih daripada 2.3 billion kali setiap hari di seluruh web, sekaligus memperlihatkan popularitinya yang kian meningkat naik dari hari ke hari.
Sebelum ini, pada suku tahun pertama, Google hanya memperkenalkan butang +1 pada hasil carian dan iklan-iklan Google sahaja, membolehkan mereka menolong rakan-rakan mereka menentukan sesuatu hasil carian dan iklan itu menolong ataupun tidak. Kemudian, pada suku tahun kedua, Google telah pun melancarkan butang tersebut pada semua pengguna, membolehkan pembangun web mengintegrasikannya dengan mudah.
Kini, butang Google+ boleh didapati dikebanyakkan laman-laman utama, termasuk YouTube dan juga Blogger. Ianya turut diintegrasikan pada kesemua laman milik Google, dan pelbagai laman-laman berita terkemuka, membawakan impak yang tinggi kepada penggunaan butang +1.