Lebih 550,000 Peranti Android Diaktifkan Setiap Hari

Lebih 550,000 Peranti Android Diaktifkan Setiap Hari

Diterbitkan pada July 15, 2011 oleh .

Pada penghujung Jun yang lepas, ianya diperkatakan yang mana lebih daripada 500,000 peranti Android diaktifkan setiap hari, dan kini Google secara rasminya mengumumkan yang mana kini lebih daripada 550,000 peranti Android diaktifkan setiap hari diseluruh dunia, memperlihatkan peningkatan 50,000 peranti dalam tempoh yang amat singkat sekali.

Perkara ini sekaligus menjadikan kini terdapat lebih daripada 130 juta peranti Android yang digunakan oleh para pengguna seluruh dunia, salah satu angka yang amat besar sekali, serta memperlihatkan peningkatan drastik dalam masa yang terdekat.

Selain daripada Android, Google turut mengatakan yang mana kini mereka mempunyai lebih daripada 160 juta pengguna pelayar web Chrome, dan meningkat dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN