Seperti yang diperkatakan sebelum ini, nampaknya Apple tidak bercadang untuk memperkenalkan Mac OS X Lion mereka, iaitu sistem operasi generasi akan datang mereka minggu ini, tetapi sebaliknya pada minggu hadapan. Dan bersama-sama dengannya kelak, MacBook Air baru bakal dilancarkan minggu hadapan.
Kini ianya diperkatakan yang mana Apple bakal melancarkannya sekitar Khamis atau Jumaat minggu depan, dan seperti diura-ura akan sebelum ini, MacBook Air baru kelak dijangka akan membawakan cip pemprosesan Sandy Bridge daripada Intel, sokongan kepada Thunderbolt, dan juga berkemungkinan akan membawakan backlit pada papan kekunci.
Namun, semuanya dikategorikan sebagai ura-ura sahaja buat masa ini, dan spesifikasinya masih belum disahkan oleh pihak Apple, seperti biasa.
Sebelum ini, pada WWDC yang lepas, Apple hanya mengatakan yang mana Mac OS X Lion bakal dilancarkan sekitar bulan Julai kelak, tanpa memberikan tarikh rasmi. Dan MacBook Air dijangka akan dilancarkan bersama-sama dengan pelancaran sistem operasi generasi baru mereka.