Nampaknya, RIM kini benar-benar berusaha untuk menarik pengguna menggunakan produk mereka kembali. Selepas memperkenalkan tablet mereka, BlackBerry PlayBook, kini RIM diperkatakan sedang membangunkan sebuah kotak media, seumpama Apple TV dengan nama yang dipanggil sebagai BlackBerry Cyclone, dan dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.
Melalui BlackBerry Cyclone, ianya diperkatakan akan berfungsi sama seperti Apple TV, dimana ianya boleh disambungkan terus ke televisyen, membolehkan para pengguna memainkan kandungan terus daripada Netflix, YouTube dan peranti lain yang disambungkan secara WiFi. Cyclone juga turut diperkatakan akan membawakan sokongan HDMI padanya.
Selain daripada BlackBerry Cyclone, baru-baru ini, RIM telah mengumumkan yang mana mereka bakal memperkenalkan lebih 7 peranti BlackBerry baru menggunakan BlackBerry OS 7, selain mana baru-baru ini turut membuka kilang pemasangan di Pulau Pinang, Malaysia.