Microsoft Menguji Integrasi Twitter Pada Windows Phone Mango

Microsoft Menguji Integrasi Twitter Pada Windows Phone Mango

Diterbitkan pada July 15, 2011 oleh .

Nampaknya, selain daripada iOS 5 yang membawakan integrasi Twitter, Windows Phone Mango juga turut sama akan membawakan integrasi Twitter bersamsa-sama dengannya. Buat masa ini, perkara ini masih dalam ujian, dan beberapa Tweet telah pun mula kelihatan di arena internet, memperlihatkan ianya dihantar menggunakan Windows Phone melalui Windows Live.

Melaluinya, ianya membolehkan para pengguna Tweet dengan pantas pelbagai perkara, termasuk turut membolehkan mereka Tweet akan aktiviti di Facebook, seperti daftar masuk ke lokasi Facebook Places dan sebagainya. Ianya juga diketahui yang mana versi pembangunan Mango terakhir yang dilepaskan masih tidak membawakan integrasi Twitter, dan ianya masih lagi dalam peringkat pembangunan dan ujian dalaman.

Microsoft dijangka akan melancarkan Mango sekitar bulan September kelak, bersama-sama dengan beberapa peranti baru bakal dilancarkan pada bulan yang sama.


TIPS & ULASAN