Tiada Menu Start Pada Windows 8?

Tiada Menu Start Pada Windows 8?

Diterbitkan pada July 15, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, Windows 8 masih lagi dalam pembangunan, dan sebelum ini ianya telah diperlihatkan kepada umum beberapa minggu sebelum ini. Namun salah satu perkara yang kita terlepas pandang adalah menu Start yang biasanya terdapat pada sistem operasi Windows, tiada pada Windows 8 apabila kita klik pada butang Start seperti biasanya.

Tetapi sebaliknya, sekiranya pengguna tekan butang Start pada skrin ataupun kekunci pintasnya pada papan kekunci, ianya terus membawa pengguna kepada desktop utama, dan tidak membuka sebarang menu khas seperti sebelum-sebelum ini. Ianya juga mungkin salah satu perubahan besar yang bakal dibawakan oleh Windows melalui sistem operasi Windows 8
mereka.

Windows 8 Beta dijangka bakal dilancarkan sekitar bulan September atau Oktober kelak, dimana padanya kelak, kita akan ketahui lebih banyak perkara menarik berkenaan sistem operasi generasi baru Windows. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.

Lihat pada minit ke-12 dan juga 15:30 untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.


TIPS & ULASAN