Google Bakal Menamatkan Sokongan IE7, Firefox 3.5 Dan Safari 3 Bermula 1 Ogos

Google Bakal Menamatkan Sokongan IE7, Firefox 3.5 Dan Safari 3 Bermula 1 Ogos

Diterbitkan pada July 16, 2011 oleh .

Setelah WordPress menamatkan sokongan untuk pelayar web yang lama, kini Google turut sama dijangka berbuat perkara sama, dan bakal menamatkan sokongan untuk pelayar web-pelayar web yang sudah beberapa tahun, termasuk Firefox 3.5, Internet Explorer 7, dan juga Safari 3. Penghentian sokongan ini bakal dikuat-kuasakan bermula daripada 1 Ogos kelak.

Selain daripada Blogger, Google juga turut sama bakal menamatkan sokongan pelayar web versi terdahulu untuk beberapa aplikasi berasaskan web mereka yang lain, termasuk Google Apps seperti GMail, Google Calendar, Google Talk, Google Docs dan juga Google Sites.

Untuk teruskan menggunakan perkhidmatan Google tanpa sebarang gangguan dalam penggunaannya, Google meminta para pengguna sedia ada untuk mengemaskini pelayar web mereka kepada versi terkini, tidak kira Chrome, Internet Explorer, Firefox mahupun Safari.


TIPS & ULASAN