Maxis Dan RIM Melancarkan BlackBerry PlayBook Di Malaysia

Maxis Dan RIM Melancarkan BlackBerry PlayBook Di Malaysia

Diterbitkan pada July 16, 2011 oleh .

Seperti yang dinantikan, hari ini Maxis secara rasminya telah pun melancarkan BlackBerry PlayBook di Malaysia, sekaligus menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang menawarkan tablet daripada RIM itu kepada para pengguna tempatan. Sepertimana yang pernah diperlihatkan sebelum ini, harga BlackBerry PlayBook bersama Maxis boleh didapati pada harga serendah RM990.

Melalui tablet BlackBerry PlayBook, ianya membawakan skrin seluas 7-inch dengan resolusi 1024×600, bersama-sama dengan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz dan RAM 1GB. Ianya juga turut didatangkan dalam variasi 16GB, 32GB dan juga 64GB. Pada masa yang sama, ianya turut didatangkan dengan kamera hadapan 3-MegaPixel untuk panggilan video, serta kamera 5-megapixel untuk rakaman video HD.

Para pengguna yang berminat untuk mendapatkan BlackBerry PlayBook boleh ke Pusat Maxis berdekatan diseluruh negara bermula hari ini.


TIPS & ULASAN