Cari @ Amanz

Microsoft Menguji Perkhidmatan Baru Dinamakan Tulalip?

Oleh Aman

Link Copied!

Gergasi internet seperti Microsoft semestinya mempunyai ratusan malah ribuan perkara dalam ujikaji secara dalaman, dan kini secara tidak sengaja mereka memperlihatkan sebuah perkhidmatan carian sosial dan rangkaian sosial yang dikenali sebagai Tulalip. Namun begitu, laman tersebut yang diuji oleh Microsoft itu kini telah pun dipadam oleh mereka.

Melalui apa yang dapat dirakamkan oleh segelintir pengguna, ianya membolehkan para pengguna mendaftarkan diri menggunakan akaun Facebook dan Twitter, serta melaluinya ianya diperkatakan yang mana para pengguna boleh mencari apa yang dikehendaki dan berkongsi pelbagai perkara dengan mudah berbanding sebelumnya.

Seperti sedia maklum, terdapat ratusan projek dibawah Microsoft Research sebelum ini yang tidak diperkenalkan kepada umum, dan tidak dilancarkan langsung. Mungkinkah Tulalip ini dilancarkan ataupun sebaliknya?


Komen ()