Cari @ Amanz

Sehingga kini, WordPress telah pun menyediakan kemudahan untuk pengguna beberapa platform untuk beralih kepada WordPress dengan mudah dan pantas, termasuk Blogger dan juga LiveJournal. Nampaknya, tidak lama lagi, WordPress turut sama akan menambah lagi bilangan perkhidmatan yang disokong, termasuk juga Tumblr yang kian meningkat naik popularitinya akhir-akhir ini.

Akhir-akhir ini, Tumblr semakin hari semakin popular, dan WordPress bakal memperkenalkan sokongan untuk mengimport artikel-artikel daripada Tumblr dengan mudah ke WordPress melalui aplikasi terbina mereka. Ianya mungkin akan diperkenalkan pada WordPress 3.3 kelak ataupun mungkin lebih awal daripada itu.

Buat masa ini, pembangunnya dalam proses mencari beberapa penguji untuk menguji aplikasi tersebut terlebih dahulu sebelum diperkenalkan kepada umum.

Have a large Tumblr blog and want to help WordPress test a new importer? At-reply me and we’ll hook you up with beta.less than a minute ago via web Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd