Nampaknya, selain daripada Twitter, Mozilla turut sama menyambut ulang-tahun mereka pada 15 Julai, dimana Mozilla Foundation sebelum ini telah dilancarkan pada 15 Julai 2003. Kini, Mozilla sudah 8 tahun beroperasi, dan masih terkenal dengan pelayar web percuma Firefox mereka, serta pengurus emel Thunderbird mereka yang didatagnkan secara percuma dan sumber terbuka itu.
Kini, pelayar web keluaran Mozilla sahaja telah memegang sehingga hampir 30% penggunaan di pasaran, dan pada tahun ini, mereka telah mengubah jadual pembangunan mereka, dimana kini mereka mengeluarkan versi baru dengan lebih pantas lagi berbanding sebelumnya. Kini Firefox 5 telah pun dilancarkan kepada umum, dengan Firefox 6, 7 dan 8 dalam pembangunan buat masa ini.
Selain daripada Mozilla Firefox dan juga Mozilla Thunderbird, antara aplikasi dan perisian lain yang turut sama dibangunkan oleh Mozilla adalah termasuk SeaMonkey, Camino, Sunbird dan Minimo.
Happy Birthday, #Mozilla Foundation! Born July 15, 2003. Best birthday present: join Mozilla http://bit.ly/fAdM20 #drumbeat #firefox