Cari @ Amanz

µTorrent Bakal Melancarkan Aplikasi Berbayar – µTorrent Plus

Oleh Aman

Link Copied!

Selain melancarkan versi terkini aplikasi mereka, kini µTorrent mengumumkan yang mana mereka bakal melancarkan aplikasi berbayar mereka tidak lama lagi, membawakan pelbagai fungsi tambahan berbanding versi percuma, dan antaranya yang bakal dibawakan termasuk sokongan untuk memindah format video, serta sokongan untuk menghantarnya ke peranti lain.

µTorrent kini mempunyai hampir 100 juta pengguna aktif setiap bulan, dan merupakan aplikasi BitTorrent yang paling popular dan paling banyak digunakan buat masa ini. Ianya dijangka akan dilancarkan dalam bentuk beta terlebih dahulu yang memerlukan jemputan untuk menggunakannya, sebelum dilancarkan secara rasmi kepada semua dalam beberapa bulan lagi.

Buat masa ini, harga untuk µTorrent Plus masih tidak diketahui lagi. Bagi mereka yang berminat, anda boleh mendaftarkan minat untuk mendapatkan µTorrent Plus ini pada halaman rasmi mereka, dan menjadi antara yang terawal menggunakan aplikasi mereka kelak.


Komen ()