Sebelum ini, Maxis pernah mengumumkan yang mana mereka mempunyai lebih daripada 14.1 juta pelanggan pada penghujung suku-tahun pertama 2011, dan ketika pelancaran BlackBerry PlayBook semalam, pihak Maxis turut berkongsi akan lagi satu statistik menarik bersama-sama dengan yang lain, dimana kini ianya diperkatakan lebih 7 juta pengguna Maxis menggunakan internet melalui telefon mudah-alih mereka.
Selain daripada itu, Maxis turut mengatakan yang mana hampir 40% pendapatan mereka adalah daripada pakej data yang dilanggan oleh para pengguna mereka, sekaligus memperlihatkan penggunaan internet jalur-lebar yang semakin meluas oleh para pengguna tempatan.
Pada awal Julai yang lalu, SKMM turut sama telah mengumumkan yang mana kadar penembusan internet Malaysia telah pun melangkaui 60% dan semakin berkembang setiap hari. Perkara ini sekaligus memperlihatkan peningkatan pengguna internet seluruh negara, dan permintaan yang meningkat dari hari ke hari.
Mungkinkah suatu hari nanti kita akan dapat melihat pendapatan syarikat telekomunikasi negara lebih bergantung kepada pakej data, berbanding pakej suara?