Salah satu projek tempatan yang mendapat perhatian ramai sebelum ini adalah MyEmail.my ataupun lebih dikenali sebagai emel 1Malaysia. Sebelum ini, ianya telah diperkatakan yang mana MyEmail.my bakal dilancarkan dalam bentuk beta kepada umum sekitar bulan Julai, namun sehingga kini masih tiada kemaskini daripada pihak pembangun berkenaan projek mereka.
Halaman Facebook dan juga Twitter rasmi mereka menerima kemaskini terakhir pada bulan April yang lepas, dan tiada sebarang kemaskini baru sejak daripada itu. Namun begitu, berkemungkinan pihak pembangunnya sedang aktif membangunkan platform berkenaan, dan sedang menyediakan sebuah kejutan kepada para pengguna tempatan.
Sebelum ini, Najib Razak telah mengumumkan projek emel 1Malaysia ini yang mendapat perhatian daripada pelbagai pihak di Malaysia. Ianya bakal menggunakan perkhidmatan Windows Live sebagai platform penyediaan emelnya. Sama-sama kita nantikan pengumuman mereka dalam tempoh kurang 15 hari lagi.