Aplikasi iPhone FourSquare Kini Turut Membawakan Sokongan Notifikasi

Aplikasi iPhone FourSquare Kini Turut Membawakan Sokongan Notifikasi

Diterbitkan pada July 16, 2011 oleh .

Setelah memperkenalkan kemaskini untuk para pengguna Android, kini FourSquare turut sama memperkenalkan kemaskini aplikasi mereka untuk para pengguna iPhone, dimana kini mereka turut sama boleh menguji dan menggunakan cara baru notifikasi diperlihatkan kepada semua.

Melalui sokongan notifikasi yang diperkenalkan, kini semua pengguna Android dan iPhone boleh ketahui sekiranya rakan-rakan mereka meninggalkan komen, menyertai FourSquare atau berada berhampiran dengan mudah dan pantas berbanding sebelumnya. Integrasi sokongan diskaun laman tawaran harian daripada Living Social dan beberapa yang lain turut diperkenalkan, namun tiada sebarang efek kepada para pengguna tempatan buat masa ini.

Para pengguna FourSquare yang menggunakan iPhone boleh memuat-turun aplikasi FourSquare versi terkini ini terus daripada AppStore secara percuma dan mudah.


TIPS & ULASAN