Ingatkah lagi dengan perkhidmatan EightBit.me yang dilancarkan tidak lama sebelum ini? Jikalau sehingga kini mereka hanya menyokong pelayaran yang dioptimasikan untuk pelayar peranti muda-alih, kini nampaknya mereka bakal melancarkan aplikasi mereka tersendiri, dan bermula daripada aplikasi EightBit.me untuk iPhone.
Buat masa ini, EightBit.me sekadar membolehkan para pengguna membina sebuah profail ringkas, dan juga avatar dalam bentuk 8-bit, dan berkongsi bersama yang lain. Ianya menggunakan pendaftaran menggunakan akaun Twitter, sekaligus memudahkan proses pendaftaran. Namun begitu, mungkin kelak EightBit.me bakal memperkenalkan lebih banyak fungsi padanya melalui aplikasi mudah-alih mereka, termasuk bermain bersama yang lain dengan mudah.
Posted some progress to the native @Eightbit iphone app http://t.co/JXMobEr