Satu demi satu projek aplikasi berasaskan web yang dibangunkan oleh para pembangun tempatan mula kelihatan, dan kini sebuah laman web baru, dengan nama /fak.my/ dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi, dimana melaluinya ianya akan membolehkan para pengguna untuk berkongsi pelbagai berita harian menarik yang berkaitan anda dengan mudah dan menarik.
Jikalau dilihat dari segi tajuk dan nama laman web tersebut ditulis, ianya serba sebanyak memperlihatkan idea seumpama dengan laman perbincangan terkemuka, 4Chan. Namun, maklumat berkaitan dengannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini, dan ianya hanya memaparkan mesej akan dilancarkan, dengan sebuah kotak Facebook Like dibahagian bawahnya. Mungkin kita akan dapat mendengar lebih banyak info berkaitan dengan /fak.my/ ini tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.