Cari @ Amanz

Setelah melancarkan aplikasi akhbar harian Harian Metro dan beberapa akhbar yang lain, kini aplikasi tersebut telah pun menerima kemaskini, membawakan beberapa penambahan baru, termasuk sokongan untuk berkongsi pada rangkaian sosial, terutamanya Facebook dengan mudah, terus daripada aplikasi akhbar digital itu.

Selain daripada itu, beberapa penambahan baru turut menyokong perkongsian melalui Twitter dan emel. Walaubagaimanapun, ujian kami ke atasnya gagal, mungkin disebabkan beberapa masalah teknikal. Selain daripada itu, ianya kini turut menyokong pemuatan-turun secara latar belakang, membolehkan anda mengakses aplikasi lain ketika sedang memuat-turun sesuatu isu yang baru.

Selain daripada aplikasi Harian Metro, aplikasi New Straits Times turut menerima kemaskini, namun tidak buat aplikasi Berita Harian. Para pengguna yang berminat boleh memuat-turunnya secara percuma melalui AppStore dan mula menggunakannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd