Cari @ Amanz

Ianya tidak dapat dipastikan sepenuhnya buat masa ini, namun beberapa video yang menjadi milik kepada Astro yang dimuat-naik pada laman 1Tube sebelum ini kini kelihatan tidak lagi terdapat padanya. Berkemungkinan ianya diminta untuk dibuang oleh pihak Astro disebabkan oleh penggunaan kandungan berhak cipta. Mungkin juga beberapa video milik yang lain turut sama dibuang oleh pihak 1Tube.

Sebelum ini, 1Tube.my turut sama memuatkan video-video daripada Maharaja Lawak yang menjadi milik penuh Astro. Beberapa minggu sebelum ini, Astro telah meminta beberapa video Maharaja Lawak pada YouTube untuk dibuang, namun pada ketika itu, masih terdapat di laman 1Tube.my. Namun kini ianya kelihatan video-video Maharaja Lawak pada laman 1Tube.my sudah tiada lagi.

Walaubagaimanapun perkara ini tidak dapat disahkan bersama pembangunnya buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd