Cari @ Amanz

Kini, Instagram boleh diperkatakan sebagai salah satu aplikasi iPhone yang popular, menawarkan kebolehan untuk menambah beberapa kesan dan efek pada gambar yang dirakamkan sebelum dikongsikan bersama-sama yang lain. Semuanya mengenai Instagram bermula hari pada tarikh ini tahun lepas, dimana pembangunnya telah memuat-naik gambar pertama, dan pada ketika itu aplikasi Instagram dipanggil Codename.

Selepas itu, Instagram telah dilancarkan secara rasminya kepada umum pada bulan Oktober, iaitu lebih kurang tiga bulan selepas itu. Dan kini, lebih daripada 6 juta pengguna Instagram seluruh dunia telah berkongsi lebih 100 juta gambar bersama rakan-rakan mereka yang lain di Instagram.

Buat masa ini, aplikasi Instagram masih lagi eksklusif untuk para pengguna iOS. Namun begitu, sebelum ini mereka pernah mengatakan yang mana mereka bakal memperkenalkannya untuk Android. Tetapi masih tiada sebarang berita lanjut mengenainya buat masa ini.

1 year ago today we tested the first photo upload to an app we would later call Instagram. Here’s the photo: http://cot.ag/przg7Bless than a minute ago via CoTweet Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd