Selepas memperkenalkan versi pembangunan Firefox 8 Nightly, kini Mozilla terus melangkah kehadapan dengan meneruskan perancangan untuk memperkenalkan Firefox versi 64-bit, dimana kini versi pembangunannya sudah boleh dimuat-turun dalam bentuk Firefox 8.
Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, dan tidak digalakkan digunakan sebagai pelayar web utama. Sebelum ini, Mozilla merancang untuk memperkenalkan Firefox 5 dalam bentuk 64-bit. Namun begitu, ianya tidak dapat dilaksanakan, berkemungkinan kerana Mozilla telah berubah kepada latar masa pembangunan yang lebih pantas selepas pelancaran Firefox 4.
Bagi para pengguna sistem operasi Windows 64-bit yang berminat, boleh memuat-turun Firefox 8 Nightly versi 64-bit dan mula mengujinya hari ini.