BlackBerry Bold 9900 Mula Kelihatan Di Malaysia

BlackBerry Bold 9900 Mula Kelihatan Di Malaysia

Diterbitkan pada July 17, 2011 oleh .

Nampaknya mungkin tidak lama lagi, BlackBerry akan melancarkan BlackBerry Bold 9900 di Malaysia. Ianya tidak lagi tidak diketahui bila, tetapi ketika pelancaran BlackBerry PlayBook tempoh hari, peranti BlackBerry Bold 9900 turut sama kelihatan, dan beberapa media terkemuka mendapat peluang untuk melihatnya, termasuk Lowyat.NET.

Melalui BlackBerry Bold 9900, ianya membawakan cip 1.2GHz, dengan memori 8GB, serta sokongan rakaman video HD 720p, dan turut sama membawakan sokongan teknologi NFC padanya. Selain daripada itu, ianya turut membawakan sistem operasi BlackBerry 7 OS yang mana membawakan pelbagai perkara baru, daripada pelayar web yang lebih menarik, serta sokongan carian suara, dan pembahagian mudah antara tugasan kerja, dan juga aktiviti harian.

Ianya tidak diketahui bilakah ianya akan dilancarkan di Malaysia. Namun begitu, melalui halaman daftar minat BlackBerry Bold 9900, ianya memperlihatkan yang mana peranti tersebut akan ditawarkan oleh tiga gergasi telekomunikasi tempatan, termasuk Maxis, DiGi dan juga Celcom.

BlackBerry fans, the 9900 is coming soon! Here’s another quick peek at the device. http://twitgoo.com/2jdtt0less than a minute ago via HTC Peep Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN