Cari @ Amanz

Google sering menguji pelbagai perkara baru, dan terkini ianya kelihatan yang mana Google sedang menguji sokongan tatal infiniti (Infinite Scrolling) pada halaman carian mereka, sekaligus membolehkan para pengguna melihat keputusan carian tanpa perlu klik ke halaman-halaman seterusnya, dan hanya perlu tatal sehingga ke penghujung halaman sahaja.

Selain daripada itu, menariknya adalah dimana kotak carian kekal dibahagian atas, dan tidak hilang sepertimana sebelumnya, serta memberikan kemudahan kepada pengguna mengakses produk Google yang lain, termasuk membuat carian lain dengan mudah, serta menyemak notifikasi Google+ mereka.

Pada masa yang sama, Google juga kelihatan menyemak rekabentuk baru untuk fungsi Instant Preview mereka, yang mana kelihatan lebih kemas lagi berbanding yang terdapat sekarang ini.

Namun begitu, seperti biasa, ianya hanya sekadar ujian sahaja buat masa ini, yang mana mungkin melibatkan segelintir kecil pengguna. Ianya tidak diketahui samada adakah Google akan memperkenalkannya ataupun hanya sekadar ujian sahaja buat masa ini

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd