Hari ini, Adobe telah menambah satu lagi portfolio baru dibawah mereka, dimana mereka secara rasminya telah mengambil-alih EchoSign, sekaligus menjadikannya sebagai salah satu keluarga baru dibawah jenama Adobe Acrobat. Walaubagaimanapun, harga pembeliannya tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak.
Bagi yang tidak kenal akan EchoSign, ianya merupakan salah satu penyedia perkhidmatan tanda-tangan elektronik berasaskan web, dan kini dengan pembelian oleh Adobe, teknologi tersebut akan diintegrasikan didalam Acrobat, dan membawakan pelbagai fungsi tambahan kepada para pengguna aplikasi dokumen PDF daripada Adobe itu.
Selain daripada itu juga, pelbagai perkara baru dalam dunia tanda tangan digital dan elektronik, serta dokumen dan kontrak berasaskan web juga dapat dimudahkan dengan adanya EchoSign pada Acrobat ini.
Mungkin tidak lama lagi, kita akan dapat mendengar perkembangan Adobe Acrobat yang membawakan pelbagai perkara baru. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.