Windows 8 Bakal Membawakan Keperluan Sistem Seperti Windows 7

Windows 8 Bakal Membawakan Keperluan Sistem Seperti Windows 7

Diterbitkan pada July 18, 2011 oleh .

Setelah memperlihatkan antaramuka Windows 8 sebelum ini, kini Microsoft telah pun mengumumkan yang mana sistem operasi generasi akan datang daripada Microsoft itu akan membawakan sokongan dan keperluan sistem yang serupa dan mungkin turut menyokong sistem-sistem yang lebih rendah berbanding Windows 7.

Sebelum ini, Windows 7 hanya memerlukan cip pemprosesan 1Ghz dengan RAM 1GB serta ruangan storan sebanyak 16GB sahaja untuk dijalankan, dan nampaknya Windows 8 turut sama akan membawakan keperluan sistem yang lebih kurang sama, dan mungkin lebih rendah lagi, sekaligus membolehkan pengguna sedia ada menaik-taraf kepada sistem Windows 8 dengan mudah.

Ianya juga mungkin merupakan salah satu cara untuk menarik para pengguna sedia ada Windows XP turut sama menaik-taraf kepada Windows 8 dengan mudah. Windows 8 Beta dijangka bakal dilancarkan pada bulan September ini. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN