Avatar Kinect Bakal Dilancarkan Pada 27 Julai?

Avatar Kinect Bakal Dilancarkan Pada 27 Julai?

Diterbitkan pada July 19, 2011 oleh .

Lanjutan daripada laporan sebelum ini, kini ianya diperkatakan yang mana Microsoft bakal melancarkan Avatar Kinect secara rasminya pada 27 Julai kelak. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi pada peringkat ura-ura dan masih tiada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Microsoft buat masa ini.

Sebelum ini, Microsoft telah memperlihatkan sokongan Avatar Kinect kepada pengguna Xbox Live ketika awal tahun ini, dimana melaluinya, ianya memperkenalkan salah satu cara interaktif untuk para pengguna berinteraksi bersama rakan-rakan lain menggunakan Avatar, dimana ianya boleh dikawal menggunakan Kinect, yang mana boleh membaca ekspresi muka kita dengan mudah.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut berkaitan perkhidmatan menarik daripada Microsoft ini.


TIPS & ULASAN