Ingatkah anda dengan laman sosial yang memfokuskan kepada makanan, iaitu LoveMakan.com? Kini pembangunnya bakal melancarkan salah satu perkhidmatan berasaskan web mereka yang baru, dengan nama Undi.my. Buat masa ini, informasi berkenaan dengan perkhidmatan terbaru mereka ini masih samar-samar dan tidak begitu jelas.
Namun begitu, apabila dilihat melalui carian ringkas pada halaman mereka, ianya memperlihatkan yang mana melalui laman mereka kelak, Undi.my akan menyediakan sebuah platform untuk bertanyakan soalan kepada para pengguna, dan dimana undiannya akan dilakukan menggunakan Facebook Like.
Contoh Soalan Diperlihatkan
Cara keputusan Undi.my Diperlihatkan
Pengguna juga turut sama boleh membuat pertanyaan dan soalan mereka sendiri tanpa memerlukan sebarang pendaftaran melalui halaman Undi.my, dan seterusnya memantau perkembangannya dengan melayari laman tersebut.
Namun begitu, ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, dan berkemungkinan besar akan berbeza pada pelancarannya. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya dalam tempoh kurang 10 hari lagi.