Cari @ Amanz

Setelah sebulan Motorola Atrix dilancarkan di Malaysia pada harga RM1999, kini Maxis turut sama mula menawarkan peranti tersebut bersama-sama dengan pakej mereka, dengan harga serendah RM1299 dengan kontrak pelan data Maxis selama 24 bulan.

Seperti beberapa peranti Android terkini, ianya membawakan cip dwi-teras padanya, serta membawakan sokongan webtop, membolehkan anda menggunakannya dalam bentuk PC pada skrin yang lebih besar. Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan skrin seluas 4-inch qHD dengan resolusi 960×540 pixel. Namun begitu, ianya hanya membawakan Android 2.2 Froyo, dan dijangka akan menerima kemaskini Gingerbread tidak lama lagi.

Para pengguna yang berminat boleh mendapatkannya daripada pusat Maxis terdekat dengan harga bermula serendah RM1299.


Atrix Dengan Sokongan Widget Boleh Laras [via]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd