Google Bakal Menggunakan Nama Domain G.co Bermula Hari Ini

Google Bakal Menggunakan Nama Domain G.co Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada July 19, 2011 oleh .

Selain daripada Twitter yang memegang nama domain T.co, kini Google turut sama menyertainya, dimana kini Google telah pun memiliki nama domain G.co, dan bakal menggunakannya dalam produk-produk mereka sebagai pautan pintas bermula daripada hari ini. Harga pembelian nama domain tersebut walaubagaimanapun tida diumumkan oleh mereka.

Baru-baru ini nama domain .Co diumumkan telah mencapai lebih daripada 1 juta pendaftaran, selain mana ianya bakal meraikan ulang-tahun yang pertama dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Domain .Co telah dianggap sebagai salah satu nama domain utama, selain turut diperkatakan sebagai penganti untuk nama domain .Com yang semakin banyak didaftar dan sukar untuk mendapatkan nama yang unik. Bilangan para pengguna tempatan yang menggunakan nama domain .Co masih lagi pada kadar yang kecil buat masa ini.

We’ll be shortening up official Google webpages with the URL shortcut g.co, stay tuned: http://t.co/8YWn2MWless than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN