GMail Membolehkan Fail ZIP dan RAR Terus Dibuka Melalui Pelayar Web

GMail Membolehkan Fail ZIP dan RAR Terus Dibuka Melalui Pelayar Web

Diterbitkan pada July 19, 2011 oleh .

Google sering memudahkan para penggunannya untuk membuka fail yang dihantar melalui GMail dengan integrasi melalui Google Docs Viewer, dan dengan pelbagai sokongan format yang boleh dibuka melaluinya, hari ini Google turut sama menambah sokongan untuk membuka fail ZIP dan juga RAR terus melalui Google Docs Viewer sebaik sahaja anda menerimanya melalui emel.

Kini, sekiranya para pengguna membuka emel yang didatangkan dengan fail ZIP atau RAR, mereka akan dapat melihat pautan View, yang mana membolehkan kandungan fail tersebut dilihat, dan ianya akan dibuka melalui Google Docs Viewer, sekaligus membolehkan para pengguna untuk melihat fail-fail yang disertakan padanya, sekaligus membawakan keselematan PC ke tahap yang lebih tinggi sebelum memuat-turunnya.

Ianya turut disokong pada Google Docs Mobile, dan turut membolehkan para pengguna untuk membuka fail didalamnya sekiranya ianya disokong oleh Google Docs. Menarik bukan?


TIPS & ULASAN