Cari @ Amanz

Lanjutan daripada ura-ura mengenai iPad 2 Plus, kini ianya diperkatakan yang mana Apple sedang menguji kualiti skrin panel LCD daripada Samsung dan juga LG, yang mana mungkin digunakan dalam iPad generasi akan datang. Ianya diperkatakan yang mana proses ujian ini akan ditamatkan dalam masa beberapa bulan lagi.

Sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana iPad generasi akan datang akan membawakan sokongan skrin dengan resolusi tinggi, sehingga 2048×1536 serta menyokong tontonan definisi penuh padanya.

Ini juga mungkin salah satu petanda menunjukkan yang mana Apple mungkin membawakan paparan Retina mereka pada iPad. Namun begitu, ianya tidak diketahui sepenuhnya yang mana bilakah iPad generasi baru ini akan dilancarkan. Sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana berkemungkinan iPad 2 Plus ataupun mungkin iPad 3 bakal dilancarkan pada tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd