Apple Dalam Persiapan Akhir Pelancaran OS X Lion?

Apple Dalam Persiapan Akhir Pelancaran OS X Lion?

Diterbitkan pada July 19, 2011 oleh .

Ianya kini dilihat yang mana Apple dalam persiapan akhir sebelum pelancaran sistem operasi generasi baru mereka, iaitu OS X 10.7 Lion. Ianya kini dilaporkan yang mana Apple telah pun menghantar sistem operasi baru mereka itu dalam bentuk cakera keras untuk kedai-kedai Apple Store untuk memperlihatkannya pada hari pelancarannya kelak.

Mac OS X Lion

Berkemungkinan ianya juga disediakan oleh pihak Apple untuk membolehkan para pengguna yang berminat untuk menaik-taraf sistem operasi mereka dengan mudah terus pada Apple Store.

Ianya diperkatakan yang mana Apple bakal melancarkan sistem operasi OS X Lion mereka pada Rabu atau Khamis ini, namun masih tiada sebarang pengesahan rasmi daripada Apple buat masa ini. Sebelum ini, Apple hanya mengatakan yang mana mereka bakal melancarkan OS X Lion pada bulan Julai, tanpa memberikan sebarang tarikh rasmi untuknya.


TIPS & ULASAN